Alhamdulillah kami pelajar-pelajar tingkatan 4 berjaya menghadiri Seminar Pengurusan Jenazah yang diadakan dibawah pengurusan Panitia Pendidikan Islam.Kami bersyukur kerana selama seminar itu berlangsung, kami memperoleh pelbagai ilmu tentang pengurusan jenazah yang selama ini tidak pernah kami ambil peduli. Maka dari situ kami sedar akan kepentingan memiliki dan mengetahui ilmu tentang pengurusan jenazah kerana ianya amat berguna untuk kami di masa hadapan.
kami diberikan taklimat tentang teori-teori pengurusan jenazah terlebih dahulu, disusuli dengan soal-jawab, seterusnya aplikasi ke atas teori. Kami berpeluang mengenal pasti bahan2 yang diperlukan, memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah. Antara ilmu2 yang menarik yang kami dapati ialah dapat mengenali apa itu akar sintok dan daun bidara dan tidak perlu untuk memasukkan air ke dalam mulut dan hidung jenazah ketika mewudukkannya, cukup sekadar membersihkan hidung dan gigi jenazah menggunakan kain yang basah dan banyak lagi.
oleh itu, kami berharap, seminar ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan, dan berharap setiap sekolah dapa melaksanakannya untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam memahami kemahiran2 dalam pengurusan jenazah ini.
No comments:
Post a Comment