Alhamdulillah kami pelajar-pelajar tingkatan 4 berjaya menghadiri Seminar Pengurusan Jenazah yang diadakan dibawah pengurusan Panitia Pendidikan Islam.Kami bersyukur kerana selama seminar itu berlangsung, kami memperoleh pelbagai ilmu tentang pengurusan jenazah yang selama ini tidak pernah kami ambil peduli. Maka dari situ kami sedar akan kepentingan memiliki dan mengetahui ilmu tentang pengurusan jenazah kerana ianya amat berguna untuk kami di masa hadapan.
kami diberikan taklimat tentang teori-teori pengurusan jenazah terlebih dahulu, disusuli dengan soal-jawab, seterusnya aplikasi ke atas teori. Kami berpeluang mengenal pasti bahan2 yang diperlukan, memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah. Antara ilmu2 yang menarik yang kami dapati ialah dapat mengenali apa itu akar sintok dan daun bidara dan tidak perlu untuk memasukkan air ke dalam mulut dan hidung jenazah ketika mewudukkannya, cukup sekadar membersihkan hidung dan gigi jenazah menggunakan kain yang basah dan banyak lagi.
oleh itu, kami berharap, seminar ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan, dan berharap setiap sekolah dapa melaksanakannya untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam memahami kemahiran2 dalam pengurusan jenazah ini.
Wednesday, December 21, 2011
Tuesday, December 20, 2011
Adab Menziarahi Jenazah
- Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan.
- Mengucapkan takziah kepada keluarga.
- Disunatkan membaca al-Quran dan berdoa.
- Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian.
- Menyuruh mereka bersabar di atas ujian Allah.
- Mengucapkan kata-kata yg boleh meringankan perasaan dukacita.
- Melahirkan perasaan dukacita kepada warisnya.
Bahan-Bahan Keperluan Dalam Pengurusan Jenazah
Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam pemandian jenazah ialah:
1) Kain Kapan 3 Helai/5 Helai
2) Kain mandi 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Tali 3/5 helai
6) Kapas 2 Gulung
7) Air Mawar
8) Air Sintok
9) Kapur barus
10) Minyak Attar
11) Sabun
12) Span
13) Serbuk/Daun Cendana
14) Apron Plastik
15) Plastik Sampah
16) Sarung Tangan getah
17) Topeng Muka
Daun Cendana
Akar Sintok
1) Kain Kapan 3 Helai/5 Helai
2) Kain mandi 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Tali 3/5 helai
6) Kapas 2 Gulung
7) Air Mawar
8) Air Sintok
9) Kapur barus
10) Minyak Attar
11) Sabun
12) Span
13) Serbuk/Daun Cendana
14) Apron Plastik
15) Plastik Sampah
16) Sarung Tangan getah
17) Topeng Muka
Daun Cendana
Akar Sintok
Cara-Cara Memandikan Jenazah
MENUTUP AURAT JENAZAH
1.Menutup aurat jenazah ketika memandikannya.
2.Sebaiknya papan pemandian sedikit condong ke arah kedua kakinya agar air dan apa-apa yang keluar dari jasadnya mudah mengalir kebawah.
TATACARA MEMANDIKAN JENAZAH
1.Memastikan kuku dan ketiak jenazah dipotong jika panjang sebelum memulakan mandian.
2.Kepala jenazah diangkat hingga hampir mendekati posisi duduk. Lalu mengurut perutnya dengan perlahan untuk mengeluarkan kotoran yang masih dalam perutnya. Hendaklah memperbanyak siraman air untuk membersihkan kotoran-kotoran yang keluar.
3.sarung tangan atau kain digunakan untuk membersihkan jasad jenazah (membersihkan qubul dan dubur jenazah) tanpa harus melihat atau menyentuh langsung auratnya, jika jenazah berusia tujuh tahun ke atas.
MEWUDUKKAN JENAZAH
1.petugas berniat (dalam hati) untuk memandikan jenazah serta membaca basmalah. Lalu petugas me-wudhu-i jenazah tersebut sebagaimana wudhu untuk shalat.
MEMBASUH TUBUH JENAZAH
1.Dahulukan membasuh anggota badan sebelah kanan jenazah. Dimulai dari sisi kanan tengkuknya, kemudian tangan kanannya dan bahu kanannya, kemudian belahan dadanya yang sebelah kanan, kemudian sisi tubuhnya yang sebelah kanan, kemudian paha, betis dan telapak kaki yang sebelah kanan.
2.Balikkan sisi tubuh jenazah hingga miring ke sebelah kiri, kemudian membasuh belahan punggungnya yang sebelah kanan. Kemudian dengan cara yang sama petugas membasuh anggota tubuh jenazah yang sebelah kiri, lalu membalikkannya hingga miring ke sebelah kanan dan membasuh belahan punggung yang sebelah kiri. Dan setiap kali membasuh bagian perut jenazah keluar kotoran darinya, hendaklah dibersihkan.

Cara-Cara Mengkafankan Jenazah
KAIN KAFAN HENDAKLAH DISEDIAKAN SETELAH SELESAI MEMANDIKAN JENAZAH
Mengkafani jenazah hukumnya wajib dan hendaklah kain kafan tersebut dibeli dari harta si mati. Jika si mati tidak memiliki harta, maka keluarganya boleh menanggungnya.
MENGKAFANI JENAZAH
1. Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
2. Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
3. Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain.
I. Kemaluan
II. Hidung
III. Kedua buah dada
IV. Kedua telinga
V. Kedua sikunya
VI. Kedua tumitnya
4. Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
5. Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
6. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Cara-Cara Menyembahyangkan Jenazah
PERSEDIAAN SOLAT JENAZAH:
• Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
• Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
• Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
• Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
CARA-CARA:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
PANDUAN RINGKAS:
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.

Subscribe to:
Posts (Atom)